Monday, July 22, 2013

Patutpun calon PKR kalah, tiada jatidiri, hati kecil, kena acah sikit dah menangis

Mohd Shamsul Mat Amin
Alamak, camane nak jadi wakil rakyat ni... baru kes macam ini sudah menangis teresak-esak. Hadooiiii buat malu PKR betul la mamat sorang ni.. Patutpun engkau kalah, tiada jatidiri, hati kecil....

Dengar ceritanya si Shamsul Mat Amin, budak ingusan yang berangan nak jadi wakit rakyat ni, budak suruhan Azmin Ali... entahlah.. orang cakap.. bukan KR cakap.

Bekas calon PKR untuk kerusi DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin berkata beliau serta dua lagi bakas calon parti itu dari Terengganu akan mengemukakan saman ke atas presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.



Katanya, beliau serta Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (calon DUN Kota Putera) and Ahmad Nazri Mohd Yusof (calon DUN Seberang Takir) akan mengemukakan saman atas kenyataan Hadi pada April lalu.

Dalam kenyataan itu, Hadi menjelaskan mengenai tindakan PAS untuk meletakkan calon menentang calon PKR di tujuh kerusi pada pilihan raya umum 5 Mei, termasuk menentang tiga individu tersebut.

Hadi didakwa menyebut bahawa calon PKR dibimbangi menjual pil kuda dan menggantung potret pemimpin komunis di ibu pejabat mereka.

"Kesan daripada ucapan tersebut, saya sering dipulaukan dan dipersende oleh penduduk kampung saya.

"Ini menjejaskan nama baik saya. Nama keluarga dan parti saya terjejas dan perniagaan saya juga terjejas secara tidak langsung,” kata Shamsul yang teresak-esak ketika membacakan laporan polisnya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Besut hari ini.