Wednesday, July 24, 2013

Pesanan Penting daripada Polis Diraja Malaysia

PERHATIAN !!
PERHATIAN. Pesanan khas ini daripada Polis Diraja Malaysia PDRM untuk semua rakyat terutama pengguna-pengguna media sosial.
Elakkan daripada sering memuat turun gambar-gambar harta benda yang berharga seperti barangan kemas, kenderaan mewah, wang di laman sosial serta sering mengupdate lokasi di mana anda berada, kerana TARGET UTAMA penjenayah kini adalah melalui media sosial. 
Elakkan dari mempamerkan no.plat kenderaan anda. Semakin kerap anda mengupdate status berkenaan barangan berharga dan memuat turun gambar harta benda serta wang anda, semakin penjenayah akan sering mengikuti perkembangan anda. Jadi, sila ambil langkah berhati-hati apabila anda ingin memuat turun dan mengupdate status dan lokasi anda di media sosial.
*Tolong sebarkan peringatan ini. Dunia kini semakin tidak selamat.