Wednesday, July 17, 2013

RM44 juta: Rosmah dan Najib berjoli sakan duit rakyat

Najib belanja mewah RM44 juta lawatan ke luar negara.
RM44 juta: Rosmah dan Najib berjoli sakan duit rakyat
KUALA LUMPUR 17 JULAI: Kos lawatan luar negara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya dalam tempoh lima tahun terakhir bernilai RM44.1 juta.

Perkara itu dinyatakan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Taping, Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nilai itu untuk lawatan antara Mac 2008 hingga Mei 2013.

Bagaimanapun, ditanya sama ada ia mungkin turut melibatkan perbelanjaan pendahulunya sebelum itu – Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nga berkata, beliau percaya semua itu perbelanjaan Najib.

Najib menggantikan Abdullah pada 3 April 2009.

“Mungkin ia termasuk perbelanjaan ketika beliau (Najib) masih Timbalan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.