Tuesday, July 30, 2013

Syaitan dan iblis pun pakai uniform polis....

Syaitan dan iblis pun pakai uniform polis.... dah lama I cakap, polis-polis yang berlambak di Malaysia ni bukan semuanya boleh diharap.. memang ada segelintir yang baik, tapi ramai yang perangai mereka tak ubah macam syaitan dan iblis yang dilaknat.. !!
Syaitan dan iblis pun pakai uniform polis
Apabila polis menjadi 'pembunuh', bagaimana negara nak aman...??

"Inspektor didakwa bunuh tahanan lokap"

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini, atas tuduhan membunuh seorang tahanan lokap, dua bulan lepas.

S Hare Krishnan, didakwa bersama tiga lagi, iaitu Jafri Jaafar, Mohd Nahar Abdul Rahman dan Mohd Haswadi Zamri Shaari didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian tahanan polis, N Dharmenderan, 31.

Kejadian didakwa dilakukan di Tingkat 7, Pejabat Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur antara jam 12.20 tengah hari hingga 2.50 petang 21 Mei lalu.


Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hare Krishnan, 40, yang berkemeja kelabu dan seluar panjang warna hitam menjawab 'faham' selepas pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, S Nithia memohon satu tarikh sebutan bersama tertuduh lain, untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan izin pendakwaan.

Majistret Nor A'minahtul Mardhiah Md Nor menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan kes itu bersama tiga tertuduh lain yang telahpun didakwa bulan lepas.

Tertuduh diwakili Peguam, N Kalyanasundram, G Sri Kumar dan S Kavita.

Peguam, Latheefa Koya turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak isteri Dharmenderan.

Pada 5 Jun lalu, tiga anggota polis iaitu Sarjan Jafri Jaafar, Koperal Mohd Nahar Abdul Rahman dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari dituduh menyebabkan kematian Dhamendran.

Inspektor Hare Krishanan, yang merupakan pegawai penyiasat cawangan D9 dikatakan menghilangkan diri sejak bulan lalu.

Sementara itu, peguam G Sri Kumar ketika ditemui pemberita memberitahu, Hare Krishnan tidak pernah bersembunyi atau melarikan diri sepertimana laporan media sebelum ini.

"Hare Krishanan telahpun melantik peguam selepas membuat laporan polis pertama, pada 1 Jun berhubung kematian Dharmenderan dan pihak polis tahu di mana beliau.

Menurutnya tidak adil bagi anak guamnya apabila dituduh menghilangkan diri.