Monday, August 12, 2013

Agenda sulit antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak

Agenda sulit Anwar Ibrahim dan Najib Razak
Anwar Ibrahim dan Najib Razak
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba berbaik-baik dengannya untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan gabungan parti pembangkang.

Laman berita Asia Sentinel melaporkan, Najib didakwa telah memulakan usaha tersebut secara senyap-senyap melalui bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla untuk merangka perkara itu.

Laporan itu menyebut, usaha terakhir itu berlaku ketika Jusuf berada di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan lalu.

Jusuf Kalla juga cuba merundingkan perdamaian di antara Najib dan Anwar untuk menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum, didakwa atas usaha Anwar sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Beliau kemudiannya menuduh Anwar mungkir janji selepas pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang menyaksikan BN hilang undi popular walau mengekalkan kuasa.

Anwar mempertahankan langkah tersebut dan mendakwa Najib tidak menandatangani perjanjian.

Anwar jugga mendakwa Najib gagal memberi jaminan untuk pilihan raya bersih dan adil seperti yang dikehendaki dalam rundingan itu.

Menurut laporan Asia Sentinel, Anwar mengesahkan bahawa terdapat hubungan baru dalam usaha untuk merangka satu kerajaan perpaduan.

Laporan itu juga mendakwa, usaha berkenaan dimulakan oleh Najib.