Sunday, August 4, 2013

Amaran: Susu Bayi Dari New Zealand Tercemar dan Merbahayakan Kesihatan

"Kami difahamkan pasaran bahan protein tercemar atau produk yang menggunakan bahan tersebut telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam."
Syarikat berkenaan berkata produk yang terjejas digunakan dalam bahan minuman termasuk susu formula bayi dan minuman isotonik.
Amaran: Susu Bayi Dari New Zealand Tercemar dan Merbahayakan Kesihatan
Produk keluaran syarikat berkenaan yang dipasarkan di Malaysia, termasuk Anmum, Anlene and Anchor/Fernleaf. 
Antara simptom-simptom penyakit botulisme termasuklah, berasa loya, cirit-birit, muntah-muntah dan diikuti dengan lumpuh anggota badan dan ia boleh membawa maut jika tidak dirawat.

WELLINGTON: New Zealand memberi amaran kepada pengguna antarabangsa bahawa produk berasaskan tenusu yang dieksport oleh syarikat Fonterra, termasuk susu formula bayi mungkin tercemar kerana mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit botulisme - yang boleh membawa maut.
Kerajaan New Zealand berkata pati protein tercemar atau produk yang menggunakan ramuan berkenaan telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam.
Syarikat tenusu terbesar di New Zealand, telah menghasilkan produk berkenaan sejak setahun lalu berkata, lapan pengguna telah dinasihati untuk menyiasat sama ada produk tenusu yang mereka gunakan memberikan kesan sampingan dalam kehidupan mereka.
Sekiranya perlu, produk yang tercemar itu akan ditarik balik daripada pasaran, kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.
Setakat ini tiada sebarang laporan, penyakit berkait dengan penggunaan bakteria protein berkenaan.
Menteri Perdagangan New Zealand, Tim Groser berkata pertubuhan kesihatan di seluruh dunia, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah dimaklumkan mengenai pencemaran berkenaan.
"Sebaik sahaja pihak berkuasa New Zealand memaklumkan mengenai risiko berkenaan, kami telah bertindak dengan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang terlibat di seluruh dunia," kata Groser.
"Kami difahamkan pasaran bahan protein tercemar atau produk yang menggunakan bahan tersebut telah dieksport ke Australia, China, Malaysia, Arab Saudi, Thailand dan Vietnam."
Syarikat berkenaan berkata produk yang terjejas digunakan dalam bahan minuman termasuk susu formula bayi dan minuman isotonik.
"Kami sedang melakukan sebaik mungkin untuk membantu pengguna dalam memastikan sebarang produk yang mengandungi bahan ini akan ditarik balik daripada pasaran dan kami memastikan orang tahu mengenainya," kata ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut.
Antara simptom-simptom penyakit botulisme termasuklah, berasa loya, cirit-birit, muntah-muntah dan diikuti dengan lumpuh anggota badan dan ia boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Syarikat berkenaan berkata impak yang mungkin dihadapi oleh mereka yang makan produk yang mengandungi bahan yang tercemar tersebut berbeza-beza mengikut peringkat umur dan jumlah makanan yang mereka ambil.
Bagi golongan dewasa, kesan bahan protein yang tercemar adalah kecil dan mereka juga mungkin mengalami simptom berkenaan tanpa menyedarinya," kata pengarah urusan produk tenusu New Zealand kepada pemberita. - AFP