Thursday, August 22, 2013

Berita dan cerita seks dapat memenuhi citarasa para pembaca

Berita dan cerita seks dapat memenuhi citarasa para pembaca
Cerita dan berita macam inilah yang surat kabar Harian Metro, Utusan Malaysia dan yang seangkatan dengannya suka sangat siarkan. Sebenarnya bukan salah akhbar atau blog dan Facebook yang kerap menyiarkan berita, cerita atau laporan seumpama ini, tetapi ianya kerna minat para pembaca adalah ke arah itu.

Bila pembaca suka sangat kepada berita atau cerita seks, maka penerbit pasti akan kerap menyiarkannya demi memenuhi citarasa para pembaca. Justeru, jangan salahkan penerbit (klik di sini) dan facebook (klik di sini) jika tersiarnya cerita atau berita atau laporan berkaitan aktiviti sexsual.
cerai kerana anu kecil
Cerai kerana anu kecil

Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.

Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.



Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.

Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.

Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.

Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.

“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu. - The Sun