Monday, August 5, 2013

Kelantan isytihar cuti peristiwa Ahad sempena Aidilfitri

Kelantan isytihar cuti peristiwa Ahad sempena Aidilfitri
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan Ahad depan (11 Ogos) sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, cuti peristiwa itu diberikan bagi memberi kemudahan kepada penduduk negeri ini untuk menyambut perayaan itu dengan lebih selesa.
"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Aidilfitri dijangka disambut Khamis ini (8 Ogos) manakala Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu di Kelantan. - Bernama