Thursday, August 22, 2013

Laporan Terkini: Tragedi Genting Highlands

Tragedi Genting Highlands
GENTING HIGHLANDS - Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh Pasukan Gerakan Am dan bomba bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap atau hilang dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas di sini semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Bentong, Deputi Superitendan Wan Azharuddin Wan Ismail, seramai 10 anggota PGA dan enam anggota bomba terlibat meneruskan operasi tersebut.
"Selain daripada mencari mangsa yang mungkin terselamat atau masih hilang, operasi ini juga akan mencari dokumen dan barang berharga milik mangsa," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.


Tragedi Genting Highlands 24 mayat tragedi bas Genting Highlands selesai dibedah siasat
Tragedi Genting Highlands
KUALA LUMPUR - Seramai 24 daripada 37 mayat penumpang tragedi bas terhumban ke gaung di Genting Highlands selesai dibedah siasat sehingga pukul 8.30 pagi ini.
Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur, sepuluh daripada jumlah mayat yang telah dibedah siasat itu identitinya telah dikenal pasti.
Tragedi Genting Highlands
Manakala, enam daripadanya telah dituntut malam tadi. Sehubungan itu jurucakap hospital memberitahu satu sidang media akan diadakan di Hospital Kuala Lumpur pagi ini untuk perkembangan lanjut.