Friday, August 23, 2013

Menara penyejuk Dataran Pahlawan terbakar

MELAKA - Pengunjung pusat beli pusat beli-belah Dataran Pahlawan, Banda Hilir dan pelancong sekitar kawasan berkenaan gempar apabila sebuah menara penyejuk yang dalam pembinaan tiba-tiba terbakar petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, menara penyejuk itu terbakar ketika seorang pekerja Indonesia berusia 20-an sedang melakukan kerja-kerja mengimpal di menara berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd. Tahir berkata, ketika kejadian, pekerja Indonesia berkenaan berada berseorangan di menara penyejuk itu melakukan kerja-kerja mengimpal.
"Sebaik menyedari menara penyejuk itu terbakar, dia bergegas melarikan diri sebelum menjerit memberitahu rakan-rakannya mengenai kejadian tersebut yang kemudian menghubungi pihak bomba," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.