Wednesday, August 28, 2013

Negara ini 'is a free sex country' sebab seks itu adalah hak peribadi

Mohammad Agus Yusoff
Sweden adalah negara bebas--media, politik, agama serta kesihatan dan pendidikan percuma. 

Bebasnya agama rakyat negara ini dapat dilihat dari survei yang dilakukan. Hanya 2% sahaja rakyat negara ini yang ke gereja dan 23% sahaja yang betul-betul percaya Tuhan itu wujud. 

Bukan sahaja itu, tandasnya uniseks dan bebas dikongsi bersama. Bayaran tandasnya pun mahal, RM5 sekali masuk. Tapi kebersihannya luar biasa. 

Menariknya lagi tentang kebebasan negara ini ialah negara ini 'is a free sex country' sebab seks itu adalah hak peribadi. Kedua, negara ini mempunyai undang-undang yang melarang ibubapa memukul anak-anak atas apa tujuan pun. Adosss!

Penat berseminar, balik bilik dan dari bilik hotel, satu yang saya nikmati: indahnya Sweden, negara yang mempunyai kadar kemalangan terendah di dunia. - Mohammad Agus Yusoff