Saturday, August 3, 2013

Parlimen tempat bergaduh

TAIPEI: Dewan Parlimen yang sepatutnya tempat untuk berucap secara beradab telah bertukar menjadi gelanggang bertumbuk pula.
Ini yang berlaku di Taiwan (lihat gambar bawah) apabila para penggubal dasar tidak bersetuju dengan apa yang diutara pihak lawan.
Anggota parti pembangkang, Parti Demokratik Progresif (DPP), yang memakai ves hijau, kelihatan bergelut dengan rakan sejawatan mereka daripada parti pemerintah, Kuomintang (KMT), di Dewan Perundangan Yuan di Taipei semalam.
Mereka dijadualkan membuang undi semalam sama ada untuk menerima saranan mengadakan pungutan suara mengenai pembinaan loji nuklear keempat di New Taipei City atau tidak.
Parlimen tempat bergaduh