Monday, August 26, 2013

Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) merupakan satu bentuk "penjajahan" oleh AS

Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific merupakan satu bentuk "penjajahan" oleh AS
Apakah Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific?
Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) merupakan satu bentuk "perdagangan terkawal" dan bukan "perdagangan bebas" seperti yang didokong oleh Amerika Syarikat (AS), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dengan syarat yang diberikan (dalam TPPA), perdagangan tidak lagi bebas, kita akan terikat dengan perjanjian itu," katanya dalam sidang media di mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA hari ini.

Katanya, AS kini menjadi negara miskin dan dengan itu ia cuma menaikkan semula kekuatan ekonominya dengan mengakses sumber daripada negara-negara kecil yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.

"Untuk beberapa lama, AS mempunyai hutang melebihi pendapatan. Mereka cuba meningkatkan kekayaan melalui perjanjian-perjanjian," katanya.

Mahathir sebelum ini berkata TPPA satu bentuk "penjajahan" oleh AS 

Mahathir: Jangan tandatangan TPPA.



Mahathir seterusnya berkata kerajaan patut berhenti "berahsia" berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) dan mendedahkan kandungan terperincinya kepada awam, kata Dr Mahathir Mohamad.

"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.

"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.

"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini.
.