Monday, August 12, 2013

Sambutan Aidilfitri dicemari kerja-kerja pelacuran cybertrooper UMNO BN

Ketika rakyat Malaysia sibuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) terus melacurkan mindanya melalui kerja-kerja jahat dan penipuan yang direka juru propaganda dan cybertrooper UMNO BN. Umum mengetahui cybertrooper UMNO/BN amat pakar dalam kerja-kerja pelacuran minda para pembaca.

DAP sedia jawab semua tuduhan palsu mengenai pemilihan CEC
KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak patut bertindak sembarangan dan memberi alasan mengapa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Disember tahun lalu kerana DAP bersedia menjawab semua pembohongan dan tuduhan palsu secara terbuka.

Katanya, hanya tinggal sehari saja lagi masa diberi untuk “Father Augustus Chen” yang kononnya menulis risalah “The Equity Report CEC Election Fraud” yang penuh pembohongan itu untuk tampil dan membuktikan dia benar-benar wujud.

Bagaimanapun, katanya, sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda “Father Augustus Chen” akan muncul kerana sememangnya orang sedemikian tidak wujud bukan saja di Malaysia, malah di dunia.

“Mustahil dan tidak masuk akal ada orang seperti itu yang sanggup membenarkan namanya diguna untuk penerbitan penuh pembohongan seperti itu tetapi takut untuk tampil ke depan.
“Siapa saja yang tampil ke depan untuk mengakui dirinya sebagai penulis “The Equity Report” perlu bersedia bukan saja untuk berdepan beberapa saman fitnah tetapi juga perbicaraan kes jenayah atas segala pembohongan yang terdapat dalam risalah itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.


Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, jika “Father Augustus Chen” tidak tampil membuktikan kewujudannya, maka media UMNO/BN perlu bersedia untuk berdepan dengan saman fitnah kerana mereka menggunakan risalah itu sebagai asas untuk meneruskan fitnah terhadap DAP dan pimpinannya, seolah-olah segala dusta dan nista di dalamnya adalah benar (walaupun risalah itu diterbit secara haram tanpa mencatatkan nama pencetak dan penerbit seperti yang diwajibkan undang-undang).

Bagaimanapun, katanya, persoalan lebih penting ialah mengapa Ketua Pengarah ROS bertindak dengan tidak memperakui pemilihan CEC DAP dan mengarahkan supaya diadakan pemilihan semula berasaskan pembohongan dan kepalsuan yang terdapat dalam risalah “Father Augustus Chen” itu.

“Atas sebab ini DAP meminta Ketua Pengarah ROS tidak bertindak sembarangan dan menjelaskan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP mengenai pemilihan CEC pada Disember tahun lalu.

“Tiada apa yang hendak DAP sembunyikan, malah parti ini bersedia menjawab secara terbuka semua pembohongan yang direka juru propaganda dan cybertrooper UMNO/BN,” katanya.

Sejak minggu lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad pemusnah DAP UMNO/BN (hingga ke peringkat anggota Kabinet) menggunakan “Father Augustus Chen” sebagai sumber maklumat berwibawa untuk menghalalkan tindakan ROS terhadap DAP bahawa “753 perwakilan DAP (kebanyakan berketurunan India)” yang layak untuk mengundi pada pemilihan CEC telah tidak diberi notis untuk hadir dan mengundi pada Kongres DAP itu dan bahawa “547 perwakilan hantu (kebanyakannya dari Pulau Pinang)” telah mengundi pada Kongres DAP Disember tahun lalu, menjadikan pemilihan itu tidak sah.

Menurut Kit Siang, dakwaan mengenai 547 “perwakilan hantu” itu adalah fitnah yang baru dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu dan tidak pernah sekali pun dibangkitkan oleh ROS enam bulan sebelum itu, manakala dakwaan mengenai 753 perwakilan DAP (yang tidak hadir kongres dan mewakili 29% daripada jumlah perwakilan yang berhak hadir) yang tidak diberi notis untuk hadir dan mengundi juga tidak berasas sama sekali.

Selain itu, katanya, perwakilan India yang tidak hadir hanya sekitar 100 orang dan bukannya membentuk sebahagian besar daripada “753 perwakilan DAP” yang kononnya tidak hadir.

“DAP sanggup menjawab secara terbuka semua pembohongan yang direka skuad DDD UMNO/BN dan  ROS sanggupkah melakukan perkara yang sama untuk menegakkan kebenaran.

“Tidak ada satu aduan pun diterima pimpinan DAP sejak enam bulan lalu mengenai pemilihan CEC Disember tahun lalu, jadi mengapa ROS tidak menyuruh anggota parti yang tidak berpuas hati mengenai pemilihan itu membuat aduan dan menggunakan saluran parti terlebih dahulu dan hanya membuat laporan kepada ROS jika mereka tidak berpuas hati dengan respons yang diterima daripada parti,” ujarnya.-Roketkini.com