Sunday, August 11, 2013

Saya sokong Karpal Singh

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh menyeru agar pemimpin dalam Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Pulau Pinang.

Katanya beliau sanggup berbuat demikian dan meminta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melakukan perkara sama.

Tambahnya, semua pemimpin Pakatan baik anggota exco, ADUN atau ahli majlis harus mengisytiharkan harta mereka.

"Saya sentiasa menyokong amalan ini. Dalam khidmat awam, kita mesti sedia dinilai oleh orang awam dan pengundi semasa memegang jawatan,” kata MP Bukit Gelugor itu.

Kataya, beliau menunggu tarikh yang akan ditetapkan oleh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengisytihar hartanya.