Tuesday, September 3, 2013

Apakah DYMM Agong, para sultan dan mufti tidak berasa malu?

Apakah DYMM Agong, para sultan dan mufti tidak berasa malu?
no nonsense
Masa sekolah dulu kita diajar, kononnya sultan dan raja-raja Melayu itu sebagai payung kesejahteraan rakyat dan juga sebagai ketua agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Manakala para mufti disetiap negeri adalah penasihat agama Islam kepada sultan dan juga negeri berkaitan.

Berlandaskan kepada apa yang diajar semasa di sekolah dulu dan masih dipertahankan sehingga kini, maka Kerajaan Rakyat mohon agar para sultan dan mufti yang terlalu banyak di Malaysia ini agar luangkan sedikit masa mereka untuk lakukan sesuatu terhadap diskriminasi agama yang semakin berleluasa di negara ini.

Kekadang saya berasa hairan, apakah DYMM Agong, para sultan dan mufti serta para menteri yang beragama Islam tidak merasa malu kerna gagal menjalankan tanggungjawab mereka dan membiarkan agama Islam diperlekehkan dan dipermainkan olih para kapitalis?
Apakah DYMM Agong, para sultan dan mufti tidak berasa malu?

Saya amat berharap para sultan, mufti dan para menteri beragama Islam agar kurangkan sedikit masa mereka dalam kerja-kerja yang tidak memberi faedah kepada rakyat terbanyak sebaliknya insaflah akan tanggungjawab mereka terhadap memartabatkan Islam sepertimana yang telah diamanahkan.

Harapan dan doa saya, agar Malaysia nyaman di bawah naungan panji-panji Islam, insyaAllah.

Ikhlas: 
Sofi - Kerajaan Rakyat.