Tuesday, September 24, 2013

Bekas PM Thai lawat pengebumian Chin Peng

Credit gambar MalaysiaKini
Bekas perdana menteri Thailand Chawalit Yongjaiyuth hari ini menziarahi mayat bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Chawalit memberitahu, beliau hadir ke majlis itu sebagai tanda hormat kepada seorang "kawan", tetapi enggan mengulas lanjut kerana merasakannya "tidak sesuai" dengan keadaan semasa.

Chawalit menjadi perdana menteri pada 1996 dan 1997.

Beliau tiba sejurus keluarga dan rakan-rakannya berarak mengikuti mendian ke sebuah kuil kecil Wat That Thong, tempat mayat akan dibakar.

Diketuai oleh seorang lelaki berambut putih dan bercermin mata, dianggarkan berumur 60-an, kelihatan orang ramai menangis dan beratapan.

Beliau dispekulasikan sebagai anak Chin Peng tetapi identitinya dirahsiakan atas sebab-sebab privasi. Chin Peng mempunyai seorang anak lelaki dan seorang perempuan.