Wednesday, September 11, 2013

DYMM Agong patut tarik balik gelaran Tan Sri daripada mamak ini

Tan Sri Zainuddin Maidin
Jika benar apa yang dilaporkan oleh akhbar dalam talian, MalaysiaKini, seperti di bawah; maka, saya mencadangkan agar DYMM Agong tarik balik gelaran Tan Sri yang diberikan kepada Zainuddin Maidin kerna mamak tersebut meningkatkan tahap kebebalannya kepada kebebalan yang kritikal.

Apa punya bebal la si Zainuddin ni, dah tentu tentu lah Karpal Singh tu member kam-cing-ho Lim Kit Siang, dia pulak nak ambik Karpal jadik loyar dia.. !! Bodoh lama tak susut, bodoh baru dia pulak datang.. !!

Kes saman Lim: Zam mahu Karpal jadi peguamnya.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang berdepan saman oleh penasihat DAP Lim Kit Siang merayu bantuan dari seorang lagi tokoh parti tersebut, Karpal Singh untuk mewakilinya dalam kes berkenaan.

Zainuddin dalam tulisan di blog zamkata.bogspot.com menyebut, beliau merayu demikian tindakan saman Lim ke atasnya merupakan usaha untuk mengugut dan menutup mulutnya.



Katanya, beliau juga memohon bantuan Karpal kerana tokoh DAP tersebut seorang yang berpegang pada prinsip demokrasi.

Ironinya, Karpal bertindak bagi pihak Lim dalam kes tersebut.

Lim mengemukakan surat tuntutan semalam kepada Utusan Malaysia dan bekas timbalan menteri Mohd Puad Zarkashi, susulan dakwaan bahawa Lim kencing di satu tiang bendera dalam 1969, yang mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei.
Tan Sri Zainuddin Maidin