Sunday, September 1, 2013

Inilah kerja raja, senang kan?

Inilah kerja raja, senang kan? ... tak payah nak susah-susah berpeluh dan membanting tulang, pergi tengok pameran 'Raksasa dan Dinosaur' dan tengok orang main bunga api pun dah dikira kerja. Lepas ni main golf pulak, macam cerita ini ... tu pun kira kerja juga.... Lepas tu pergi melancung ke luar negara.. bukan sebuah negara.. tapi berpuluh negara, ikut suka dia je... dan gaji polis pengiring, gaji macai-macai dan pembodek raja semuanya dibayar oleh rakyat melalui pelbagai cukai dan toll. 
Inilah kerja raja, senang kan?
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 di Marina Putrajaya di Putrajaya malam tadi.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

Terdahulu baginda berdua melawat pameran 'Raksasa dan Dinosaur' di lokasi yang sama yang dibuka mula hari ini hingga 28 Febuari tahun depan.

Pertandingan bunga api yang masuk hari kedua malam tadi dijalankan secara berperingkat dan akan disusuli lagi pada 13, 14 dan 15 Sept serta 2 Okt depan.

Malam ini giliran pasukan dari Korea Selatan mempersembahkan pertunjukkan mereka selama 25 minit.

Malam tadi Malaysia mempamer persembahan mereka.

Selain Malaysia dan Korea Selatan, empat negara lain turut menyertai pertandingan iaitu Perancis, China, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.

Pertunjukan bunga api yang turut diiringi alunan muzik diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan negara yang ke-56.

- Bernama