Sunday, September 22, 2013

Kerajaan Pakatan Rakyat sekali lagi buktikan semangat demokrasi dan adil kepada semua

Kerajaan Pakatan Rakyat sekali lagi buktikan semangat demokrasi dan adil kepada semua

Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu. 

"Selepas mekanisme peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata, langkah itu menunjukkan bahawa Pakatan bersikap terbuka, menghormati prinsip dan semangat demokrasi dan adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Oleh itu, katanya, berbeza dengan amalan konfrontasi BN dan menerima anjuran pendamaian nasional, mesyuarat exco meluluskah peruntukan itu "mengikut mekanisme ketat yang ditetapkan".