Monday, September 2, 2013

Keranamu Sang Saka Malaya

Best la polis Malaysia ni, apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin Umno, biasanya polis cepat je setuju. Kibar bendera Sang Saka Malaya, menteri Umno kata salah. Kecek kedarah hak dan harta rakyat, menteri Umno kata itu hal pinggiran, polis kata tiada kes, mahkamah kata buang kes! 

Polis merakus rasuah, polis sepak terajang orang awam, polis belasah OKT sampai mati, polis memeras ugut, polis jadi gengster, polis merogol menyamun, POLIS kata itu semua hanya persepsi masyarakat. POLIS mana ada buat salah!
Polis sedia siasat pihak kibar 'Sang Saka Malaya'


Sang Saka Malaya
Polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Berikutan itu, katanya tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang.

Mengulas mengenai kumpulan tertentu yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lepas, beliau berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu juga harus membuat laporan polis.

"Kita tidak boleh hina Jalur Gemilang dan mengatakan ia satu malapetaka. Kita tidak harus mempertikaikan perkara ini," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh di sini, malam tadi.

Katanya sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan. 

"Tidak sepatutnya ada orang pertikaikan Jalur Gemilang dan mahu menggantikannya dengan bendera lain.

"Kita harus terima hakikat bahawa dalam soal bendera, pengisytihrannya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu," katanya.

Mengenai dakwaan penglibatan sesetengah pemimpin parti politik dalam kegiatan kongsi gelap, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi mengenai perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.

-Bernama