Tuesday, September 10, 2013

Kerry gesa huraian politik, bukan tentera

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry
LONDON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, semalam berkata bahawa huraian bagi konflik di Syria harus dilakukan secara politik dan bukan ketenteraan.
Namun, katanya, serangan udara penting untuk menghentikan rejim Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, daripada membunuh rakyatnya sendiri dengan menggunakan senjata kimia.
Encik Kerry berkata demikian dalam sidang media bersama Setiausaha Luar Britain, Encik William Hague, di Pejabat Luar Britain di London, semalam. - AFP.