Monday, September 9, 2013

Lapan Rangkaian Doa: Sebut dan fahami. Lafaz dan hayati.

Sebut dan fahami.
Lafaz dan hayati.
Baca dan sebarkan.
Lapan Rangkaian Doa

Di dalam solat terdapat rangkaian doa.

Allah letakkan lapan rangkaian doa di dalam duduk di antara dua sujud.
Lapan doa itu ialah:

Rabbighfirli, Warhamni, Wajburni, Warfa’ni, Warzuqni, Wahdini, Waafini, Wa’fuanni

Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, tutupkanlah aib ku, angkatlah (darjat) aku, berilah aku rezeki, hidayahkanlah aku, sihatkan aku dan maafkanlah aku.

Justeru, semakin banyak kita bersolat semakin banyak kita berdoa pada Allah SWT untuk kebaikan diri kita.