Friday, September 20, 2013

Mahathir, kalau dia masih hidup; pasti akan .........

Pakar putar belit politik negara tersohor, Mahathir Mohamad semalam mengatakan (baca di sini). Hari ini anak Mahathir Mohamad mengumumkan akan bertanding merebut jawatan naib presiden Umno. Hebatkan politik mamak putar alam Mahathir Mohamad ni..!!

Sejak awal era Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno, Mahathir Iskandar Kutty memang telah mencaturkan untuk menempatkan keturunan mamak sebagai presiden Umno sebelum dia ikut jejak Chin Ping ke alam barunya.

Andai Mukhriz menang dalam perebutan jawatan naib presiden Umno itu, maka jangka hayat Muhyiddin Yassin yang akan mengambilalih jawatan perdana menteri daripada Najib Razak dalam masa terdekat ini bakal menjadi terlalu singkat. Selepas menang naib presiden, merobek jawatan timbalan presiden daripada Muhyiddin Yassin akan menjadi lebih mudah bagi Mukhriz dengan bantuan penuh kepakaran Mahathir !!

Mahathir, kalau dia masih hidup; pasti akan mencaturkan pula politik Umno agar Muhyiddin Yassin dapat merasa jawatan presiden parti haprak itu hanya sebagai transit ke persaraannya sebelum 'diperkosa' untuk beri laluan mudah kepada Mukhriz. Jawatan perdana menteri untuk Mukhriz adalah matlamat akhir Mahathir sebelum jasadnya kaku... ! @ Kerajaan Rakyat. 01:58:22am

ALOR SETAR, 19 Sept (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir Khamis mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Mukhriz berkata beliau membuat keputusan itu setelah menerima banyak nasihat daripada setiap lapisan kepimpinan dan setelah memikirkan jawatan yang sesuai untuk beliau dipertanggungjawabkan.

“Saya telah tanyakan diri saya, apakah saya bersedia. Saya telah menimbangkan perkara ini dari setiap sudut.


“Maka bagi mewakili zon utara di negara tercinta ini, khususnya Kedah yang telah kembali ke pangkuan UMNO, Kedah yang melahirkan Bapa Kemerdekaan, Kedah yang juga melahirkan Bapa Pemodenan Malaysia. (Bernama)
<> <>
Semangat anak bekas perdana menteri itu seperti tergambar dalam poster di sebelah pentas tempat beliau mengumumkan tindakan nekad itu, dengan slogan "Berani Berubah".

Sejurus selepas pengumuman itu, penyokongnya terus melaungkan slogan "Hidup Umno".

Mukhriz juga hari ini menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai gandingan terbaik untuk memimpin Umno.

Beliau turut mengumumkan tiga calon untuk merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi, iaitu Aziz Salim, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Malah, sebelum pengumuman itu, kelihatan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir. Beliau turut memberitahu akan berkempen untuk Mukhriz.