Saturday, September 14, 2013

Malaysia 2 Myanmar 0. Tahniah Harimau Muda

KUANTAN - Pasukan kendalian Ong Kim Swee, Harimau Muda berjaya merangkul kejuaran Pestabola Merdeka 2013 apabila menewaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.
Kemenangan itu diperolehi melalui gol jaringan Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-27 dan Junior Eldstal pada minit ke-90 sekali gus memberi hadiah yang cukup bermakna kepada negara bersempena Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini.