Friday, September 20, 2013

Mayat Chin Peng akan dibakar di Thailand

PETALING JAYA: Mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, akan dibakar mengikut upacara agama Buddha di tokong Wat That Thong, Bangkok minggu depan.
Pembantunya, Encik Paul Chin, berkata mayat tersebut akan dibawa ke tokong bagi upacara berjaga malam pada Jumaat dan upacara terakhir dijalankan pada pagi Isnin depan. Ia diikuti dengan pembakaran pada sebelah malam.
Pemimpin komunis itu meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok Isnin lalu pada usia 89 tahun.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa pulang ke negara itu, lapor mStar Online.