Monday, September 2, 2013

Perhatian Buat Ibu Bapa: Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013

Perhatian Buat Ibu Bapa: 
Kepada Ibu Bapa yang mempunyai anak atau anak-anak yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula dari 2hb Oktober 2013 sehingga 9hb Oktober ini, harap ambil perhatian. Sebagai ibu bapa, seharusnya ambil tahu bukan hanya aktiviti harian anak-anak, lebih dari itu harus perhatikan juga Jadual Waktu Peperiksaan Menengah Rendah yang bakal anak-anak kita hadapi dalam tempoh sebulan dari sekarang. Klik di sini untuk melihat jadual penuh Jadual Waktu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013.
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013
Kerajaan Rakyat harap dan mendoakan agar semua pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013 nanti akan beroleh kejayaan cemerlang.