Saturday, September 21, 2013

Shahrizat hadapi cabaran mudah

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menggesa anggota sayap itu agar tunggu giliran sambil menimba ilmu dulu sebelum mencabar pucuk kepimpinannya.
 Datuk Seri Shahrizat bertegas yang khidmatnya masih diperlukan dalam Wanita Umno.
Beliau hanya berdepan cabaran mudah untuk terus memimpin sayap itu selepas hanya ahli jawatankuasa Umno Kulim Bandar Baharu, Cik Raihan Suleiman Palestin, mengumumkan memberi persaingan.
Sebelum ini, Datuk Seri Shahrizat menerima cabaran daripada mantan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang kemudian menarik diri dan hanya mahu bertanding dalam Majlis Tertinggi (MT).
Kelmarin, Datuk Seri Shahrizat berkata kepimpinannya dalam sayap itu diwarisi daripada dua mantan orang atasannya iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Datin Paduka Siti Zaharah.

"Saya menunggu dan timba pengalaman. Begitu juga yang perlu dilakukan ahli Wanita Umno yang baru perlu belajar dari yang lama. Saya bertanggungjawab memastikan hal ini," katanya yang ditukil The Malaysian Insider.
Datuk Seri Shahrizat mengalahkan Tan Sri Rafidah pada 2009 dengan mendapat dua kali ganda undi berbanding mantan Ketua Wanita itu.
Datuk Seri Shahrizat menambah:
"Wanita Umno banyak calon muda yang berkebolehan, berkelayakan dan pintar. Mereka menyokong orang lama... Sehingga kini pun, orang lama dalam Wanita Umno perlu dihormati kerana mereka menunjukkan kesungguhan, komitmen serta pengalaman yang luas dalam parti."
Dalam melakukan perubahan, Datuk Seri Shahrizat berkata akan berlaku satu transformasi besar-besaran sayap itu dalam masa tiga tahun.
"Jika saya menang penggal kedua. Saya tahu apa hendak buat," katanya.

Selamat berhujung minggu, berkaraoke di sini.
Ayat CINTA bila RINDU . 
Kalau nak hot, yang ini.