Monday, September 23, 2013

Tuhan talipon ustad Subramaniam beritau ketentuannya

Tuhan talipon ustad Subramaniam beritau ketentuannya


Berkaitan kenaikan harga minyak, ustad Umno terima panggilan talipon dari tuhan. Maka, ustad Umno itu pun fakwakanlah harga minyak naik kerna itu ketentuan tuhan. Kerajaan Rakyat agak, agak je tau... tuhan ustad Umno itu, namanya Najib. 

Semalam giliran ustad Subramaniam pulak agaknya terima phone call dari tuhan yang sama. Tuhan Umno beritau
 ustad Subramaniam pasal harga gula la pulak.

Tuhan Umno beritahu; harga gula mesti dinaikkan untuk kurangkan pesakit kencing manis. 


Segamat - Kerajaan disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekali gus mengurangkan penghidap diabetes.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini, Ahad.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini, katanya dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - BERNAMA