Friday, October 11, 2013

7 cedera akibat angin kencang dan hujan di Mina, Arafah

MAKKAH: Tujuh jemaah cedera apabila khemah mereka runtuh akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda Mina dan Arafah petang kelmarin.
Laman berita Arab News semalam melaporkan mereka yang cedera dihantar ke hospital.
Jabatan Pertahanan Awam, berkata pihaknya menerima amaran kemungkinan hujan lebat di Makkah dan telah merancang pelan tindakan untuk menangani keadaan itu. - Agensi.