Friday, October 25, 2013

Belanjawan 2014: Meneruskan Agenda Menindas Rakyat

Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak sekitar jam 4 petang nanti pasti akan terus menjadi bajet yang menekan dan menyiksa rakyat bawahan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Andaian ini bersandarkan kepada budaya menindas dan menyiksa rakyat adalah amalan biasa dan telah lama dipraktikkan dalam kamus pentadbiran kerajaan Umno BN.

Apa yang ada dalam Belanjawan 2014? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkannya di Parlimen pada jam 4 petang ini. 

Beliau pagi ini mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan untuk membentangkannya.

Belanjawan pertama selepas pilihan raya umum ke-13 ini mendapat perhatian pelbagai pihak, antaranya ekoran spekulasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang ditentang hebat pembangkang, akan diperkenal.