Sunday, October 6, 2013

Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober

Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober
UMAT Islam Malaysia dan Singapura dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober.
Ini berdasarkan takwim, atau kalendar, Islam yang disiapkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Ia menunjukkan awal bulan Zulhijah 1434 Hijrah jatuh pada hari ini.
Mengumumkan demikian semalam, Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram, berkata mengikut kiraan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan Zulhijah berada di ufuk Singapura selama 13 minit setelah terbenam matahari petang semalam.
Dengan penentuan itu, Hari Raya Aidiladha, yang disambut pada 10 Zulhijah, jatuh pada Selasa, 15 Oktober depan