Monday, October 14, 2013

Hujan diramal berlaku pada pagi Aidiladha


Kerajaan Rakyat mengucapkan Salaam Aidil Adha 
kepada semua pembaca dan penitip bicara minda.
KUALA LUMPUR - Hujan diramal berlaku di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor pada pagi Aidiladha esok.

Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini cuaca di Perak, Perlis, Putrajaya dan Kuala Lumpur pula diramal mendung manakala negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak tiada hujan pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang, ribut petir dijangka berlaku di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Hujan pula diramal di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Sabah pada sebelah petang, manakala cuaca mendung di Labuan.

Pada sebelah malam, Johor, Labuan, Sabah, Sarawak, Terengganu dijangka mengalami hujan, sementara cuaca mendung di Kedah dan Pulau Pinang manakala cuaca di Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Selangor diramal baik pada sebelah malam. - Bernama

Kerajaan Rakyat mengucapkan Salaam Aidil Adha kepada semua pembaca dan penitip bicara minda. Maafkan saya atas segala kesilapan selama kita berbicara di lelaman ini. Semoga kita dilimpahi rahmat dan hidayat dari Allah SWT.

Salaam Takzim. Salaam Persaudaraan
Mohd Sofi Yassin