Friday, October 18, 2013

ISLAM menjadi paksi pembangunan Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng

ISLAM menjadi paksi pembangunan Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng
Gambar dalam paparan besar di sini
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng yang dituduh oleh para juak UMNO sebagai anti Islam dan Melayu semalam telah meluluskan untuk membina sebuah Kolej Islam Antarabangsa di Pulau Pinang.

Cadangan Reka bentuk bangunan yang bakal di bina di atas Lot Pt 260, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah pun di luluskan oleh kerajaan PR Pulau Pinang.

Lengkap dengan Blok Asrama, Rumah Warden, Dewan Serbaguna, Kantin, Kompleks Sukan yang mengandungi Kolam Renang,gymnasium, Futsal dan gelanggang Tenis ... Kompleks Pentadbiran terdiri dari Pusat Sumber, Auditorium, Pejabat, Bilik Tutorial, Makmal Komputer dan Makmal Sains.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang bakal membina sebuah sekolah berunsur Keislaman bertaraf antarabangsa di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, projek yang bakal dimulakan tahun depan itu adalah kerjasama antara pihaknya dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd.

“Projek itu akan dikendalikan sebuah badan bawah kerajaan negeri, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang bertanggungjawab membina sebuah Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang di atas Lot PT 260, Mukim 10 daerah Barat Daya.


Lagi foto klik di sini

“Tanah itu terletak di Jalan Persiaran Relau berhampiran Sekolah Kebangsaan Relau, Sungai Ara. Tanah seluas 1.97 hektar ini diserahkan kepada YIPP untuk proses pembangunan.  Pihak YIPP akan bekerjasama rapat dengan pihak Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad bagi membangunkan projek ini,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, projek itu bakal dilengkapi dengan blok pentadbiran akademik, dewan serbaguna, kompleks sukan, dan asrama pelajar.

“Dengan pembinaan sekolah bertaraf antarabangsa ini, ia menjadi sebuah mercu tanda baru di negeri ini dalam memartabatkan Islam di Pulau Pinang. Projek ini juga bakal mempromosikan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan di rantau ini memandangkan inilah satu-satunya sekolah Islam bertaraf antarabangsa di kawasan utara tanah air.



“Projek ini dijangka bermula pada tahun depan dengan kos pembinaan RM6 juta. Kos itu akan ditanggung Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad yang mana ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Guan Eng berkata, dengan pembangunan itu, ia dapat meningkatkan syiar Islam di Pulau Pinang sekaligus meningkatkan mutu pendidikan Islam di Pulau Pinang.

Turut hadir, Pengerusi YIPP, Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Pengumuman pembinaan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang adalah pengumuman ketiga dibuat kerajaan negeri dalam  penubuhan institusi pendidikan di Pulau Pinang.

September lalu, Guan Eng mengumumkan penubuhan Kolej Damansara Utama (KDU) dan sebuah universiti antarabangsa, University of Hull di Batu Kawan.