Tuesday, October 8, 2013

Kerana sebar fitnah, Utusan Malaysia akan disaman lagi

Kerana sebar fitnah, Utusan Malaysia akan disaman lagi
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh akan memfailkan saman terhadap bekas calon BN di Permatang Pauh, Mazlan Ismail dan Utusan Malaysiadalam waktu terdekat.
Karpal dalam kenyataan berkata, langkah itu dibuat jika tiada sebarang maklum balas selepas surat tuntutan guaman dihantar kepada mereka pada 10 September.
Menurutnya, Utusan mengaku menerima surat itu dan akan menjawabnya. Bagaimanapun, katanya, tiada perkembangan sejak itu.
Mazlan sebelum ini mendakwa menerima surat daripada pihak tidak dikenali yang menuduh Anwar membayar RM50 juta kepada firma guaman Karpal dalam bentuk bayaran guaman bagi merasuah timbalan pendakwaraya dan hakim.
Mazlan bagaimanapun enggan memohon maaf atas alasan kononnya beliau hanya meminta penjelasan daripada mereka.

“Pasukan undang-undang saya pada 4 Oktober menghantar surat kepadaUtusan dan memberi tempoh tujuh hari.
“Kegagalannya akan menyebabkan Anwar dan Karpal memulakan perkara itu tanpa sebarang notis kepada mereka,” kenyataan itu dipetik.