Thursday, October 3, 2013

Kota Darul Naim 'Zon Menjaga Aurat'

Kota Darul Naim 'Zon Menjaga Aurat'
KOTA BARU: Kompleks sekretariat negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini ditetapkan sebagai Zon Menjaga Aurat yang dikuatkuasakan kepada kakitangan semua kakitangan awam negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi yang melancarkan kempen itu berkata pekeliling kerajaan negeri sebelum ini dikhususkan kepada kakitangan awam wanita tetapi kini ia turut dikuatkuasakan kepada kakitangan lelaki.
Surat pekeliling yang dikeluarkan pada 1993 oleh setiausaha negeri, kini dikuatkuasakan kepada semua kakitangan sejak Ahad lalu.

Beliau memberitahu Harakahdaily, walaupun kakitangan awam lelaki berpakaian mengikut prinsip Islam di tempat kerja, mereka gagal mematuhi garis panduan itu ketika bersukan.
Menurut Islam, aurat adalah bahagian di tubuh manusia yang perlu ditutup daripada pandangan orang lain dengan pakaian.
Wanita perlu menutup aurat kecuali di tangan dan muka manakala lelaki perlu berpakaian menutup aurat dari pusat ke lutut.
Mumtaz juga berkata, kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi maruah mereka yang berada di bawah pentadbirannya, sama seperti bapa melindungi keluarganya dalam konteks Islam.