Wednesday, October 2, 2013

Laporan Ketua Audit Negara: Pembaziran RM2.051 bilion, Kementerian Pendidikan tidak cekap

Pembaziran RM2.051 bilion, Kementerian Pendidikan tidak cekap


Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara 2010 hingga 2012.

Daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan, ketua audit negara berkata, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan.

Audit, yang melibatkan sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah, mendapati bahawa kontraknya tidak seragam.

Tidak dinyatakan juga keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Ini termasuk, pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera.