Saturday, October 5, 2013

Saat rakyat dibelenggu dengan kesempitan, yang berkuasa begitu senang mengambil wang rakyat

Saat rakyat dibelenggu dengan kesempitan, 
yang berkuasa begitu senang mengambil wang rakyat.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti mengadakan persidangan khas bagi membincangkan penyelewengan dan ketirisan sepertimana didedah Laporan Ketua Audit Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit mengatakan berlaku ketirisan sehingga kehilangan wang rakyat berbilion ringgit. Ini bukan satu perkara baru dan apa yang kita tahu ia sentiasa berulang setiap tahun.

“Atas sebab itu, Pakatan Rakyat menggesa PAC mengadakan persidangan khas membincangkan perkara ini dan perlu pastikan satu tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.

“Saat rakyat dibelenggu dengan kesempitan hidup akibat barang naik harga, mereka yang berkuasa begitu senang mengambil wang rakyat.



“Perkara ini bukan satu yang boleh dipandang mudah, setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan,” tegasnya