Saturday, October 12, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad beri amaran kepada orang Melayu

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi amaran bahawa orang Melayu akan ketinggalan jika kerajaan terus mengabaikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
"Adalah menyedihkan bagi saya, dan saya tidak bersetuju dengan kerajaan (dasar Bahasa Inggeris). Saya tidak suka melihat orang Melayu yang kurang ilmu," katanya yang dilaporkan mStar Online.
Menurutnya, beliau telah membawa perkara itu kepada kerajaan tetapi ia tidak mendapat perhatian.