Monday, November 11, 2013

Kisah sebuah keluarga: Betina itu sundal atau lakinya yang bacul?

Doa kebahagiaan untuk suami isteri
Kisah sebuah keluarga: Betina itu sundal atau laki dia yang bacul? Peristiwa berikut mungkin salah satu akibat daripada pembelaan dan sanjungan membabi-buta terhadap kaum wanita, para isteri khususnya oleh ahli masyarakat yang kurang arif tentang batas-batas penghormatan yang harus diberikan kepada wanita. 
Benar, wanita dan para isteri perlu dihormati tetapi bukan hormat sehingga timbul perasaan takut kepada isteri. Malahan penghormatan yang diberikan kepada para isteri juga perlu ada batasannya. Lantaran perkembangan pesat IT; media sosial seperti Email, SMS, Whatsapp, Line, WeChat, Yahoo Messenger, Viber dan Facebook umpamanya, ramai para isteri terjebak dengan 'Cinta Cyber' dan pelakuan tidak bermoral. Bukan salah kemajuan teknologi, tetapi sifat dan perangai semulajadi sesetengah wanita dan para isteri itu sendiri yang mungkin berada dalam kelompok wanita tidak bermoral.. !! Justeru wanita dan para isteri tersebut menyalahgunakan medium media sosial untuk melempiaskan kerakusan dan kegersangan nafsu mereka di alam cyber.
Kerajaan Rakyat tidak melonggokkan keseluruhan keterlanjuran wanita kepada para isteri kerna kebarangkaliannya juga besar ramai suami alpa terhadap tanggungjawab mereka dalam membaja, membelai dan merangsang rasa kasih dan sayang terhadap isteri atau isteri-isteri mereka. Dalam banyak hal, para suami kerap lupa untuk melafaskan ayat-ayat cinta kepada isteri mereka. Para suami seharusnya sedar, rasa kasih dan tanggungjawab itulah hakikat sebuah cinta yang perlu dipupuk sebelum cinta ternoda dan akhirnya suami juga yang terpaksa menanggung derita cinta.. 
Sebelum kalian terus membaca, buat para isteri; hayati bait-bait ini dan..... 
buat kekasih ingatlah pesanan ini dan andai terpisah cinta antara dua, renungilah puisi berlagu ini!! 
Sesungguhnya hanya diri sendiri yang tahu cintanya untuk siapa?
Dan ini buat penawar rinduku; Aku tetap memegang janjiku padamu.
Walau apapun sebabnya, berita ini (klik di sini) amat mendukacitakan;

KAJANG: Sepuluh jahitan di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan.
Itu akibat yang terpaksa ditanggung seorang pengawal keselamatan apabila dihentak dengan batu dan dipukul dengan kayu oleh isterinya sendiri.
Puncanya, hanya disebabkan lelaki terbabit yang berusia 29 tahun terlupa membeli makanan untuk sarapan yang disuruh isterinya itu.
Kejadian berlaku sekitar 8 pagi Selasa lalu di lokasi mangsa bertugas iaitu di pondok kawalan sebuah taman perumahan di Bandar Baru Bangi, di sini.
Sumber polis berkata ketika mangsa mahu keluar rumah untuk bekerja, isterinya yang berusia 25 tahun berpesan supaya dibelikan makanan untuk sarapan.
"Bagaimanapun, mangsa terlupa pesanan isterinya itu dan terus ke tempat kerja yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka," katanya.
Tidak lama selepas itu wanita berkenaan datang ke pondok kawalan tempat suaminya bertugas dengan menaiki motosikal.
Belum pun sempat mangsa bertanya tujuan isterinya ke situ, beliau ditumbuk di muka beberapa kali.
"Mangsa tidak membalas pukulan isterinya dan hanya berulang-kali meminta penjelasan. Dengan marah suspek memberitahu dia tidak puas hati kerana mangsa tidak membelikan sarapan sebagaimana diminta," kata sumber polis, lapor Harian Metro.
Wanita itu bertindak lebih agresif dengan menendang pula badan suaminya dan mengambil kayu di kawasan berhampiran dan memukul badan mangsa.
Apabila mangsa merampas kayu itu, isterinya mengambil batu dan menghentak pula kepala mangsa.
"Akibat hentakan itu, mangsa pengsan, manakala suspek yang panik terus melarikan diri daripada tempat kejadian," tambah sumber.
Mangsa telah membuat laporan polis sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital petang Rabu lalu.
"Dalam laporan yang dibuatnya, lelaki itu mendakwa dia memang sering dibelasah isterinya itu walaupun hanya melakukan kesalahan kecil sejak lebih setahun lalu," kata sumber.
Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Abdul Rashid Abdul Wahab, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.