Saturday, November 2, 2013

Peringatan ikhlas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada orang Melayu

Umno punca kemiskinan Melayu.
Peringatan ikhlas dari Anwar Ibrahim kepada orang Melayu.
Pilihan raya kecil Sungai Limau: Di setiap ceramah yang disinggahnya semalam sewaktu berkempen untuk PAS, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan orang Melayu bahawa Umno sebenarnya punca kemiskinan mereka.

Anwar Ibrahim turut mempertahankan kenyataannya tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Anwar, beliau didatangi orang ramai yang menonton TV3 yang mendakwa beliau menyokong rancangan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan GST bermula April 2015.

"Saya tanya mereka, kenapa percaya pada media-media ini. Mereka ini agen fitnah," kata Anwar dalam ceramahnya semalam.

"GST itu efisien tetapi apa yang kami nyatakan ialah: kecuali sistem keseluruhannya baik, kita tidak sepatutnya dilaksanakan cukai baru itu," jelasnya.

"Kita jangan laksanakannya melainkan ada peningkatan harga padi, yang sudah 23 tahun tak naik-naik," katanya lagi.

Ketua Umum PKR itu berceramah di empat tempat semalam - Kampung Selengkoh, Pekan Sungai Limau Dalam, Simpang Tiga dan Dulang Besar (Yan Kechil).

Di setiap tempat itu juga jalan raya sesak dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar ceramahnya.