Monday, November 4, 2013

Pilihan raya kecil N20 Sungai Limau: Penyokong Umno buat kecoh di pusat pembuangan undi

Seorang petugas PAS dari Kelantan yang membantu calon PAS pilihan raya kecil N20 Sungai Limau, Puan Ima Sufi (gambar atas) melaporkan di laman sosialnya;

Umno buat kecoh di pusat pembuangan undi di Dulang Besar, perayu undi umno buat hal, langgar line spr, tapi perayu undi PAS pulak yang kena pindah tempat dari tempat yang SPR dah tetapkan... SPR ni Umno punya ker.? Betul-betul penipu kejam dan zalim... Allahuakhbar

Dalam laporan terdahulunya, Ima Sufi turut menitipkan:

Wahai sahabat seislam ku di DUN Sg. Limau, tangan mungkin menggeletar apabila dihulur note RM di dalam sampul, mata mungkin berpinar seketika mendengar jumlahnya.... Tapi mampukah jumlah itu membawa kita senang sehingga bertahun, mampukah jumlah itu dapat membeli Syurga Allah.... Sipenipu akan melakukan apa saja untuk terus menipu dan kekal dengan tipuannya... Tapi yang tertipu jangan menyesal dikemudian hari apabila kebenaran terbukti... Lagi parah kalau menyesal di akhirat kerna menolak pemerintahan Islam...

PAS 4 ALL... Allahuakhbar

Puan Ima Sufi adalah AJK Muslimat PAS Kawasan Bachok, Kelantan.