Friday, November 8, 2013

Saya dengan rendah diri menerima pencalonan sebagai naib presiden dalam muktamar PAS ke-59

"Maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai naib presiden dalam muktamar PAS ke-59 kali ini".


Ulama terkenal PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk bertanding jawatan naib presiden parti Islam itu dalam pemilihan kali ini, walaupun turut dicalonkan ke peringkat timbalan presiden.

"Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara ahli jawatankuasa, naib presiden dan timbalan presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai naib presiden dalam muktamar PAS ke-59 kali ini.

"Penerimaan ini adalah seimbang bagi merai kehendak kawasan yang mencalonkan saya sebagai ahli jawatankuasa Pusat PAS dan timbalan presiden," katanya.

Pengumumannya itu sekali gus dilihat melegakan Mohamad Sabu yang mempertahankan jawatan timbalan presiden. 

Bagaimanapun, ia pasti memberikan tamparan hebat kepada ketiga-tiga penyandang naib presiden sedia ada.