Monday, November 25, 2013

Soalan untuk Encik Najib bin Tun Razak, jawab jangan tak jawab

Rakyat yang tidak bayar cukai, Najib kata mereka pengkhianat... ok la tu... 

Now Kerajaan Rakyat nak tanya Najib pulak: Pemimpin yang diamanahkan menjaga hasil cukai bernilai berbillion ringgit tetapi menyalahgunakannya dan memborosinya, kita nak labelkan mereka tu sebagai apa pulak, wahai Encik Najib?

Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan.


Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

"Kebaikannya ialah kita akan mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara dan rakyat akan lebih bahagia kerana berdasarkan sumberlah, negara akan menjadi maju," katanya.