Saturday, November 30, 2013

Telah saya katakan lama dulu: "Kita semua perlukan Anwar Ibrahim"

Telah saya katakan lama dulu;
"Kita semua perlukan Anwar Ibrahim"
Hujah saya mudah. “Saya bukan minat kat Anwar, tapi kita semua perlukan Anwar Ibrahim. Kita semua perlukan pemimpin Melayu yang berani bukan sebab dia ada kuasa tetapi kerana dia ada keyakinan diri dan kekuatan peribadi. Cikgu (saya masih panggil Ishak dengan gelaran cikgu) beritahu saya mana lagi pemimpin Melayu yang ada kekuatan dan keyakinan seperti yang Anwar ada?”.
- Sofi, Kerajaan Rakyat..
Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.

Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.

Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.

Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor.

Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya