Tuesday, November 19, 2013

Terima kenyataan Mahathir, maknanya; Mahkamah rela ditipu... makin hancur negara!!

Kerajaan Rakyat merasakan rakyat Malaysia tertipu lagi oleh kerajaan Umno BN dalam perbicaraan kes penipuan jutaan ringgit bagi kes penyelewengan, rasuah dan penipuan projek PKFZ. Lebih mendukacitakan apabila mahkamah turut ditipu oleh tiga 3 bekas menteri kerajaan Barisan Nasional, termasuklah pakar pereka fitnah yang juga bekas perdana menterinya, Mahathir Mohamad

Apabila ketiga-tiga bekas menteri regim Umno BN itu dihidu telah menipu mahkamah dengan mengatakan mereka tidak ditipu dan mahkamah menerima kenyataan ketiga-tiga badut tersebut, maknanya; mahkamah rela tertipu dan rakyat Malaysia seluruhnya ditipu oleh kerajaan Umno BN. 


Kerajaan memutuskan tidak merayu perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang kerana kenyataan tiga saksi utama menyukarkan kerajaan untuk memenangi kes itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Ia didakwa menyebabkan kerajaan terpaksa membayar faedah tambahan sebanyak RM720 juta.

Menurut Nancy, kenyataan tiga bekas menteri yang memihak kepada Tun Ling Liong Sik menyukarkan pasukan pendakwaan untuk merayu kes itu.

Bekas presiden MCA, Tun Ling Liong Sik pada 25 Oktober lalu dibebaskan daripada tuduhan menipu kerajaan apabila dengan sengaja gagal mendedahkan kadar faedah tahunan sebanyak 7.5 peratus ke atas harga belian tanah untuk projek PKFZ.


"Apabila pihak pembelaan dipanggil untuk membela diri, tiga orang bekas menteri termasuk bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Fong Chan On, dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah memberi kenyataan yang memihak kepada pihak pembelaan.

"Mereka nyatakan mereka tidak ditipu dan mereka tahu harga jualan yang terlibat tidak termasuk faedah.

"Dalam keadaan sebegini hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan beliau tiada alasan yang kukuh atau no cogent reasonuntuk menolak kenyataan mereka.

"Penemuan fakta sebegini susah untuk diubah di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan," katanya.