Friday, November 15, 2013

Warga Amerika tidak percayakan Obama

WASHINGTON: Kepopularan Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, kini berada pada tahap paling rendah dengan kebanyakan rakyat Amerika, buat kali pertama yakin bahawa beliau tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.
Tinjauan Universiti Quinnipiac mendapati kadar kepopulran Encik Obama menjunam ke tahap yang pernah dihadapi pendahulunya, Encik George W. Bush daripada Parti Republikan, ketika Encik Bush berada pada peringkat yang sama semasa menjadi presiden.
Pada keseluruhannya, tinjauan kelmarin menunjukkan 54 peratus pengundi berdaftar yang ditinjau tidak bersetuju dengan tugas yang dilakukan Encik Obama berbanding 39 peratus yang bersetuju. - AFP.