Sunday, December 15, 2013

Hujung minggu bersama ulama tersohor, Mufti Ismail Menk

Hujung minggu bersama ulama tersohor, Mufti Ismail Menk.
XTVT hujung minggu. Alhamdulillah pagi minggu ini saya dapat meraikan dan menghadam bicara ilmiah dalam ceramah agama ulama tersohor dari benua Afrika. Dilahirkan di Harare, Zimbabwe, Mufti Ismail Menk berkongsi ilmunya dalam program "Meet and Greet Session" di De Palma Hotel, Ampang.

Antara mutiara yang disampaikan oleh Mufti Ismail Menk:

- Mendiamkan diri juga adalah suatu bentuk dakwah, andai dengan mendiamkan diri itu kita menjauhi dari menyakiti hati dan perasaan orang lain.

- Mendiamkan diri juga adalah suatu bentuk dakwah, andai dengan mendiamkan diri itu membuatkan orang lain lebih menghormati kita.

- Mendiamkan diri juga adalah suatu bentuk dakwah, andai dengan mendiamkan diri itu kita menghindar daripada perbalahan yang boleh mencemarkan nama baik kita sebagai umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan hamba Allah SWT.

Semoga ilmu yang dihadam diberkati Allah swt hendaknya.