Thursday, December 12, 2013

Kisah Benar: Wanita anggun akhirnya menyerah dalam keterpaksaan

Kisah Benar: Wanita anggun akhirnya menyerah dalam keterpaksaan
Yingluck Shinawatra yang pernah dinobatkan sebagai perdana menteri Thailand pertama dari kaum wanita dan salah seorang perdana menteri teranggun dunia, dua hari lalu mengumumkan untuk menyerahkan semula kuasa kepada rakyat Thailand mengikut amalan demokrasi.

Yingluck Shinawatra membuat pengumuman tersebut bagi memberi laluan kepada pilihanraya baru di negara itu.

"Rakyat Thailand akan membuat keputusan,'' katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung oleh saluran televisyen.

Beberapa jam selepas pengumuman oleh Yingluck, Raja Bhumibol Adulyadej dalam satu Dekri Diraja memperkenankan pembubaran Parlimen serta menetapkan pilihan raya umum akan diadakan pada 2 Februari depan.

Di Bangkok, kira-kira 100,000 penunjuk perasaan berarak hari ini, memulakan semula demonstrasi selepas bersurai sementara bagi menghormati sambutan hari keputeraan Raja Bhumibol yang ke-86 pada minggu lalu.


Ketua penganjur demonstrasi tersebut, Suthep Thaugsuban berkata, beliau mengetuai perarakan ke Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Kerajaan seperti yang dirancangkan.

"Kami masih belum mencapai tujuan kami. Pembubaran Parlimen bukan sasaran kami,'' katanya.

Suthep sedar parti pimpinan Yingluck akan menang dalam pilihan raya umum yang bakal diadakan selepas menang besar pada Pilihan Raya Umum 2011.

Tidak dapat dipastikan sama ada pengumuman Yingluck itu akan menyelesaikan konflik politik Thailand. - REUTERS/AGENSI