Friday, December 6, 2013

Komen Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2013

Komen Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO

KENYATAAN MEDIA
6 Disember 2013

PAKATAN RAKYAT TERBUKA BERDIALOG

Pakatan Rakyat pada 19 September 2013 telah menyatakan kesediaan kami untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional, yang seiring dengan kenyataan yang dibuat Presiden UMNO, DS Najib Razak sewaktu ucapan dasar beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini yang antara lain berkata:

"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik."

Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu.

Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya